. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <IMG SRC="http://srv.fotopages.com/2/21660376.jpg "> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 25-Nov-2010 02:00
AYAM GORENG HERBA & RED VELVET CAKE
Salam..
ni lauk dah lama masak ni klu tak silap 2 atau 3 minggu lepas tp tak sempat nak post kat sini yelah byk sangat benda nak wat.Tapi sebelum aku delete seme gambar2 dlm folder ni baik aku masukkan utk rujukan sendiri dan juga sape2 yg berkenan lah.Ayam goreng ni memang sedap ada ala2 mcm ayam masala pun ada bila dah goreng garing2 dgn bersalut rempah2 tu.kena lak dgn selera ku walaupun abah mula tengok dgn penuh tanda tanya lauk apa lah pulak ibu masak ni????
takpe janji perut kenyang kan.jom kita tengok hasil masakan ku dan semak resepi yg aku ambik dr dapur hana



AYAM GORENG HERBA

copy HANA
(Ibu buat tak sampai seekor pun jd pandai2 lah agak2 bahan2 tu yer)
Bahan-bahan
1 ekor ayam - dipotong kecil
sedikit serbuk kunyit dan garam

Bahan tumis:
3 ulas bawang merah india*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai* - hana tambah lagi
2 sm halia* - hana tambah kunyit hidop
1 sudu teh jintan manis* (bahan *----> dikisar)
1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
Garam dan gula secukup rasa - hana tak letak gula

Minyak masak secukupnya.

Cara-cara
Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis@kisar hingga naik baunya.
Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati. - Hana goreng hingga agak garing.
Perasakan dengan garam dan gula.
Angkat dan hidang

Pg smlm aku masak nasi lemak utk abah dan juga bekal ku.sejak dua menjak ni rajin lak aku wat sarapan padahal byk lagi keje yg tak abis.Takpe utk org tersayang kita korbankan apa yg terdaya.abah skrg ni selalu balik awal kat umah jd dia pun dah tukar hobi mkn kedai mamak kpd hobi tunggu bini balik masak klu tak masak muka mula mcm nak mkn org.ni seme gara2 org kedai masak tak sedap katanya(aku dah cek memang tak sedap betul sampai kembar pun tak nak mkn)takpe2 bagus mkn air tangan bini lagi erat kasih syg org kata he..he..itu pesan mama aku ler



Dah lama tak baking jd tangan aku jd mcm gatal2 aje mcm serba tak kena aje itu lah aku bila dlm seminggu tak baking mcm2 ada rasa padahal bkn lah aku mkn sgt pun cuma rasa nak buat aje.Itu pasal klu org tempah aku sukeee he..he..sbb hobi aku ada org suke.Bkn pasal $$$ yg menjadi ukuran janji hobi aku berjalan itu yg penting.Klu seminggu tak baking dah mcm org meroyan aku ni hai teruk betul..jd ahad lepas sblm gi carnival tu pg2 subuh lagi aku masak sambil baking kek red velvet almaklum lah nak gi tempat red carpet jd menu kek pun 'si baldu merah' auuu mengancam aje bunyi nya he..he.. mai2 tengok apa jd dgn si baldu ku itu


Ingat nak letak bc tp penyakit M dtg di tambah aku tak cukup masa nak bersiap2 nak kuar jd letak aje filling bluebery + bc sedap rupanya.jd klu sape2 nak kek coklat yg lain dr biasa inilah dia keknya.
Sebenarnya dah byk kali aku tergoda tapi tak terbuat lg cuma lepas tengok kat dapur comelku aku terus terbuat lah.kita c&p aje yer.

Red Velvet

dapurcomelku.blogspot
Bahan-bahan
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
1 sudu makan cuka makan

Cara-caranya:

1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.

Filling:
500gram blueberry filling

Krim:(tak buat guna bc aje)
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar

Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).


Topping:
30biji coklat feraro


Nota:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan



sarapan pg ni buat mek comel aje senang citer

ok bye..bye..

© Pidgin Technologies Ltd. 2016