. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <IMG SRC="http://srv.fotopages.com/2/21660376.jpg "> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 3-Dec-2010 00:46
NASI DAGING,ROTI PURI,COKLAT FUDGE DAN AYAM BEREMPAH
Salam
Ahad lepas adik perempuan aku ada dtg ke rumah kerana nak menghadiri kovokesyen UiTM adik ipar jd dah alang2 dtg tu aku jemput lah dia dtg bwk mertuanya sekali dtg mkn nasi kat umah ku iteww..segan pun ada yelah umah sempit aje serba kekurangan org kata tp aku memang suka klu ada tamu nak dtg ke rumah ha..ha..sbb aku boleh masak mcm2 tp kali ni dia org dtg aku tak masak byk sbb tak byk masa campur dgn keje umah yg melambak2.aku cuma sempat jamu ini aje lah

patutnya ada satu lagi pencuci mulut ia itu bubur pulut hitam tp aku lupa nak ambik gambar lak.takpelah aku letak aje gambar lain he..he..
terima kasih pd mariah & family mertua yg sudi dtg ke rumah angah ni walaupun kecik umahnya tp meriah lak bila kumpul ramai2.sorry lah aku tak ambik gambar sbb kureng sesuai dan segan ler dgn mentua adik ku itu.
Dah lama benor nak masak nasi daging ni dr dunia fp sampai buka blog ni ler baru menjadi nya itu pun sbb ada dpt daging korban yg sujah bg campur aku beli lah sekali sbb daging korban tu tak banyak sgt cukup utk aku satu family aje tp ini dah ramai kena tambahlah kan.campur lak dgn ayam sbb mana tau kot2 ada yg tak mkn daging.Smlm habis aje majlis konvo terus dia dtg umah,adik aku ckp siap2 masak best2 tau kita org lapor ni sbb tak mkn dr pg.alahai kesiannya dia org kena menunggu dr kul 7 pg kat dewan tu sampai tak sempat nak mkn.Lebih kurang kul 2 lebih baru mereka sampai alisya sampai dah tak bebaju kepanasan pakai pampers aje.Aku pun jamulah mereka dgn air lime crush yg resepinya dr majalah mingguan wanita keluaran thn 2003(lama tu masa ni aku baru kawen lah)
Lime Crush


Bahan2
limau nipis
gula
ais cream soda
air
ais


cara2
bancuh dulu limau nipis dgn gula dan juga air sampai gula larut kemudian campurkan dgn soda kemudian tambah air batu sedia di hidangkan.


sgt sedap bila minum musim panas tp aku buat musim hujan lak



Inilah nasi yg aku jamu utk tetamu nasi daging yg resepinya aku ambik dr kak ummi kuantan.mengikut kata kak ummi resepi ni dr emak dia jd aku mintak halal yer kak ummi.sedap nasi ini dan yg penting seme tetamu suka dan licin mkn he..he..kembang2 ..kembang..ini pestime buat lah mengikut kata chef kat umah asal nasi ni dari negeri kedah dan belah2 utara tp aku ckp aku ambik resepi dari cik google aje jd tak tau ler resepi ni asal mana.mai tengok resepi nya aku buat 2 resepi maklumlah ramai


NASI DAGING

ummi kuantan

Bahan:-
1 kg daging - dipotong besar2 dan direbus empuk - ketepikan.
4 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
4 cawan air rebusan daging
1 cawan susu segar
(sup bunjut Adabi dan rempah sup)
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1/2 cawan tomato dadu/pes tomato
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 sudu minyak sapi
1 helai daun pandan
Garam
Bawang goreng

Cara Menyedia:

Panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih, kulit kayu manis buah pelaga dan bunga lawang.*ummi tak bg tau bila nak masukkan rempah sup jd ibu masukkan waktu menumis bila rempah agak2 garing baru masukkan beras. Kacau hingga naik bau, masukkan beras dan tomato, kacau sebentar. Masukkan air rebusan daging, garam dan daun pandan. Bila nasi hampir masak, masukkan susu segar. Kacau rata dan biar nasi masak seperti biasa. Tabur bawang goreng bila menghidang. (*Boleh juga masukkan separuh daging rebus ke dalam nasi ketika memasak nasi)

SAMBAL ASAM TOMATO

5 tangkai cili merah - ditumbuk kasar
4 tangkai cili padi - ditumbuk kasar
3 biji tomato - didadu
belacan yg dibakar sedikit
air asam jawa
gula melaka
garam dan gula secukup rasa
Campurkan dan adun kesemua bahan hingga mendapat rasa yang sesuai dengan tekak

Risau takut ada yg tak makan daging jd buatlah lauk ni sebagai tambahan lagipun nasi ni takde kuah mkn kering2 mcm tu.rasa mcm tak best lak nanti ada plak yg tercekik jd aku buatlah ayam ni.sedap ooo kembar suka tetamu suka bos besaraje jebik sbb dia memang tak suka spesis ayam masak merah jd aku dah siap2 asingkan ayam goreng berempah utk dia,selamat masuk perut dah he..he..resepi ayam ni aku tengok kat dapur dayang mcm terliur aje tengok jd dah set dlm kepala nak masak ayam ni.


Ayam Goreng Madu Berempah II

dayangjack.blogspot

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
4 sudu makan cili giling
1 sudu makan serbuk kari ayam
2 sudu makan tepung goreng pelbagai guna
1 inci halia (ditumbuk)
4-5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu makan serbuk kunyit
2-3 sudu makan sos tomato
garam
3 sudu besar madu (dibancuh dgn 1/2 cawan air)
sedikit gula melaka/gula merah/ gula pasir
sedikit bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam, serbuk kari, tepung goreng pelbagai guna, 2 sudu makan cili giling dan separuh dp bahan-bahan tumbuk dan perapkan ke dlm peti sejuk selama 30 minit. Kemudian, gorengkan ayam sehingga masak.
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis lebihan bahan2 tumbuk dan cili giling td sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, madu dan gula melaka/gula merah/gula pasir. Kacau sebati. (boleh tambah sedikit air jika perlu)
Kemudian masukkan ayam yg tlh digoreng dan gaulkan rata2. Akhir sekali, masukkan bawang besar.

hidangkan panas2 setelah masak

Terasa nak mkn kek cekelat lak duk tengok ramai sgt wat eggless cake tp aku nak wat takde yougurt kat umah lepas tu duk tilik resepi lain2 terbekenan dgn resepi ni ada ala2 mcm brownies sikit.aku suke..suke..mula2 masak tu aku dah mkn suku dah sbb sedap lak mkn panas2 mcm tu.dek kerana nak mkn sgt kek ni aku tunggu sampai masak lah bese klu dah mlm sgt aku set siap2 oven tu agak2 masak kek lepas tu aku masuk tido ini aku dah baring tp terbau kek yg sedap ni aku gi dapur tengok dah masak aku mkn dulu.setengah biji aku mkn sorang tau(ni nak bg tau betapa sedapnya kek ni he..he..)
resepi ambik dr dapur alongroz tq resepinya kita suke.copy aje ni resepi

CHOCOLATE FUDGE CAKE

homekreation-recipes.blogspot
Source: Fine Cooking (I've simplified the write-up for my own ease of reference)
(Makes 8" round)

INGREDIENTS:
4½ oz Flour*
1 oz Cocoa Powder*
1/2 tsp Baking Soda*
1/4 tsp Salt* (* mix together)
4 oz Unsalted Butter - melted & warm
1¼ cup Packed Brown Sugar
2 Large Eggs
1 tsp VE
½ cup Hot Water

METHOD:
1. Preheat oven at 180C.
Line & grease the cake tin.
2. Combine butter & sugar with a spatula.
Add in eggs & EV - stir until well blended.
Add in flour, all at one time & stir just until all flour is moistened.
Add in hot water & stir just until incorporated & smooth.
3. Bake for 30-35min.
Cool in the tin on a rack for 10 min.
Invert & cool completely.

CHOCOLATE GANACHE:(lupa nak wat setengah udahnya byk xtra lak topping ni)
(I've halved the recipe & skip sugar as follows)
4 oz Grated Chocolate
½ cup Heavy Cream-guna whipping cream aje
- Bring cream to a boil & off the heat.
- Add in chocolate & stir until smooth.
- Wait until it is warm before pouring onto the cake



Ini menu ahad lepas dah lama dah pendam nak buat roti puri ni dr buat sambal tumis ikan bilis sampai abis sambal tak buat gak last2 aku teringat kat kg aku dulu ada gak kueh mcm ni kita org panggil kueh bom.lagi pun aku memang nak clear inti red bean yg dah lama buka takut rosak nak buat roti mcm dah malas dah ni.bila dah jadikan roti puri mcm ni best jugak bos besar mkn sampai 3 biji you..resepi aku intai kat umah izah mula2 aku tengok kat umah kak long tp mcm lain sikit resepinya jd aku gi dapur izah aje lah.thank izah dan rosaliza
ROTI PURI

izahdaut.blogspot
Source: Kak Rosaliza

Bahan-bahan ( 12 biji )
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
175ml air panas *(lain kali rasanya kena kurangkan air ni 75ml aje lah baru blh buat serbuk roti tu)
40-50ml air(aku memang dah tak letak terus air ni sbb mcm dah lembik sgt tambah tepung lagi adalah sib baik jd)

inti kacang merah secukupnya
Minyak utk mengoreng


Cara-cara:

satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .
satukan tepung dan yis .. gaulkan
no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil*masukkan inti ke dlm doh kecil2
canai doh nipis /jgn nipis sgt takut pecah keluar inti .kita buat besar tapak tangan
siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok

© Pidgin Technologies Ltd. 2016